Saturday, December 25, 2010

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

assalamualaikum ! :)

lagi-lagi contest. HAHA! tak tau nak tulis entry pasal apa so kita join contest je la kan. mane tau ada nasib boleh menang. wahhhh berangan! saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging dan contest segala ni. so, join pun contest yang senang-senang je lah kan. yang juz kena tempek gambar then boley menang. senang kan kan kan??

as stated in the title, the contest is about my bestfriend forever. opkos la semua orang ada besfren kan? ke ada yang takde ek? cuba cek balik diri masing-masing. aku ada besfren ke? sapa besfren aku ek? kalau korang takde besfren masalah la tuh. kenapa takde orang nak jadi besfren korang? cepat cek diri balik cepat.

apa la yang den dok melalut nih. kata nak join contest je tadi kan? ni sampai africa dah dok bercerita nih. seperti biasa, saya hanya join contest-contest yang senang sahaja. yang tak payah nak memerah otak sampai boleh mengeluarkan jus semua. hanya tempek gambar dan pot pet pot pet sikit. atceli, syarat-syarat nak join contest nih senang je. mari ikut langkah-langkah mudah ni:-

step 1: mula-mula sekali, seperti biasa korang kena la follow belog tuan punya contest iaitu BELOG CIK MANIS.elok-elok tau masa follow belog dia nih sebab blog dia banyak semut. manis sangat la katakan. HAHAHA!

step 2: sila copy banner di bawah ni dan tempek kat korang punya entry pasal contest nih dan juga pada sidebar korang. jangan lupa link kan ke belog cik manis ye adik-adik??


step 3: lepas tu, tajuk entry korang mestilah hanya PHOTO CONTEST: MY BESTFRIEND FOREVER!! macam yang saya buat kat atas tuh.

step 4: sila tempek gambar korang bersama-sama dengan BFF korang tuh. lantak hangpa la nak letak 50 orang besfren pun. dah korang ada ramai besfren nak buat macam mana kan? asalkan korang muatkan semua 50 orang besfren korang tuh dalam satu gambar je. jangan korang pergi tempek sorang-sorang pulak sampai 50 gambar. mampuih cik manis nak tengok.HAHAH! 

step 5: as a caption to the pic, korang kena cerita sikit SEJAK BILA KORANG NI BERKAWAN? KENAPA KORANG RASA DIORANG NI BESFREN KORANG? itu sahaja yang perlu ditulis. bukan macam saya yang dah dok merepek meraban dah nih.HAHAHA! 

step 6: lastly, korang tinggal la url pasal entry korang ni dekat bahagian komen contest cik manis. barulah dia tau yag korang dah join contest dia. 

expired date 31 DECEMBER 2010 ye kawan-kawan..


kehadapan cik manis comey lote, kat bawah ni gambar saya bersama besfren saya. harap cik manis dapat menilai ke'besfren'an kitorang. 


pic ni masa pre graduation dinner diploma. our best memory.

kitorang mula kenal-kenal hujung tahun 2008 masa kitorang start belajar dekat uitm. kitorang sama course which is accountancy. dalam otak kitorang semua sama, NOMBOR NOMBOR NOMBOR. sebab tu kitorang boleh jadi BFF kot. macam orang lain, kitorang ada gelaran masing-masing jugak. kitorang terdiri daripada MILO, TOTT, MEKNA, NIA KYT(me), KECHIK dan WANI ROBOT. kami sangat gila sehinggakan orang gila pun belum tentu dapat manandingi kegilaan kami. bayangkanlah betapa gilanya kami. HAHAH! 

saya rasa diorang ni BFF saya sebab hanya dengan diorang, saya akan jadi diri sebenar saya. saya tak perlu kaver-kaver bila dengan diorang. saya boleh menangis, ketawa sekuat hati, menjerit, kentut dan buat semua benda yang memalukan dengan diorang.  mana-mana kitorang pergi, kitorang akan pergi sama-sama. dari sejauh-jauh TIMES SQUARE sampai lah sedekat-dekat kedai runcit dekat hostel. maybe them are what i call MY BESFRIEND FOREVER !
i LOVE u lah sahabat !

4 comments:

  1. salam blogwalking n following ur blog yer.....
    havva nice day!!
    hit me back
    ^__^V

    p/s: peace!

    ReplyDelete
  2. jemput-jemput la datang menerjah
    http://ijatasni.blogspot.com

    ^________^

    ReplyDelete
  3. Hahaha! Nice entry.. ^^
    Don't worry.. blog siti xde semut, manis2 buah je.. heheee...
    ape pun, thanks sbb sudi join n gud luck k!

    ReplyDelete
  4. haha..semut gatal je ade kot..hihi
    tq for the review!:)

    ReplyDelete