Monday, December 27, 2010

cayalah MALAYSIA !

assalamualaikum ! :)

disebabkan malaysia telah menang dengan bergaya sekali dengan jaringan gol sebanyak 3-0 menumpaskan jiran sebelah umah cik kiah iaitu indonesia, malaysia wajar diberi standing ovation.HAHAH! ada gaya pengulas sukan yang bertauliah tak?

apa-apa pun tahniah malaysia sebab berjaya jaringkan gol lepas bersusah payah bergelut dengan si keeper indon, markus pengukus tu.HAHAH! agak-agak, si markus tu bace tak belog den ni ek? shahrul idlan talaha si pengantin baru pun nampak sweeeetttt sangat bila main bola dengan inai dijari..auwww! kesian dia. baru je kawen dah kena main bola. aduyaiii sabar la ye puan shahrul. tu la risiko kawen dengan football player.ekekekek.

sebonanyo, den ni tak tengok pun masa malaysia sumbat gol tu. tiga-tiga gol pulak tuh tak sempat tengok. den mandi tyme tuh.. adehlaaaa.. lamo botul den mandi. ke malaysia yang sumbat gol cepat sangat? tyme duk mandi la dia pi buat gol. tyme duk tercongok depan tv tu nan hadooo pulak. pastu ayah ngan adik sibuk duk cakap ade orang main laser kaler hijau. penat laa duk perhati kat tv tu mana lasernya? tak nampak pun. kaler hijau rumput kat padang tu adelah. betul ke ada orang suluh laser kat kepala botak si markus tuh? nasib baik la bukan di rambut cacak-cacak my khairul fahmi.wuwuwuuuu..

atceli kat sini nak tunjuk sikit ada la sorang si mamat indon kat facebook yang tak puas hati dengan kemenangan penuh bergaya pasukan malaysia. siap tuduh malaysia guna bomoh lagi. deyyy hantu jembalang mana reti main bola laa.. dorang takde kaki..HAHAHAH! cepat tengok status si mamat indon nih.


click pada gambar untuk tumbesaran.=P

tapi biasalah tuh. bila dah kalah masing-masing tak nak mengaku kelemahan sendiri. mana ada orang bersyukur bila kalah. tak gitu? tapi agak-agak la sikit bila berbahasa. teserlah yang anda sangat tidak bergaya wahai si mamat indon. khairul fahmi rambut cacak-cacak lagi bergaya. HAHAH!

whatever it is, you did a good job MALAYSIA. 
anda sangat bergaya. syabas bettey! 
(patriotik terlebih pulak malam nih)

2 comments: